27.5.10

SELAMAT TINGGAL SEMUA

salam & hye.



selamat tinggal shah alam
selamat tinggal kawan
selamat tinggal cinta
selamat tinggal kenangan

semoga ada tempat baru
semoga ada kawan baru
semoga ada cinta baru
semoga ada kenangan baru

sedih sangat sangat sangat
tapi kena balik juga
hmmmmmm
nak pergi satu tempat before balik
nak tanam something kat situ
kenangan..aku dengan dia
sedih rasa cam nak pecah dada
Tuhan saja yang tahu
kalau 'hilang ingatan' tu boleh dibeli
dah lama aku beli..

banyak menda lagi yang aku
perlu sedar
perlu belajar
perlu faham
perlu terima




bye kawan!thanks for the memory!
-NHB-

26.5.10

PHOTOWALK@PUTRAJAYA

hye :)

Date : 250510
Location : Putrajaya


kami dan Putra mosque 

panas sangat.

love y'all

peace yo!

efficient structure

Perdana Putra building.

Palace of King of Selangor.nice.

Putra Mosque.

we need to wear a pink jilbaab or long coat.he.

nice shot.

nini and wani.

canon terbaek!






till the next entry,bye
-NHB-

23.5.10

HARI JADI MEREKA (^.^)

Assalamualaikum & hye semua (^.^)

disebabkan sarah dah nangis sorang-sorang tutup muka dengan bantal tak bagi orang nampak konon-kononya sebab tak ade orang wish birthday dia jadi aku terpaksa buat entry khas untuk wish birthday sarah.HAPPY BESDAY SARAH!!!!!!!XOXO!!nnti i belanja cupcakes.semoga cepat gemok yeh! lupakan pondan carilah lelaki sejati.*hehehehe.lari!!!!!!!!!*


dan tak lupa juga wani.HAPPY BIRTHDAY WA!!!semoga rezeki kau bertambah-tambah dan semoga berjaya capai cita-cita.to be a lecturer.be yourself coz u r unique on ur own way.aku suka tgk kau marah sebab aku rasa nak tergelak.haha!



nway HAPPY BIG 22 BIRTHDAY!!!!









-NHB-

KONVOKESYEN UITM.TAPI BUKAN AKU.

salam hye,

ke konvokesyen kak zue semalam.sangat meriah tapi terkejar-kejar sunway.lagi beberapa bulan konvokesyen aku pula.insyaAllah.huhuw~

 adah, kak zu, sarah

kak zu.my roomate my senior komander.seorang yang berjiwa besar, independent dan COOL!

kak zu dan perempuan yang tak pandai behave like a degree student.booo!

we are commander.proud to be a leader!*pendeknye kau.ces.*


 okay.aku x penah ada kakak.over sikit.tehehe.i'm gonna miss u kak zu~akan rindu nak bergaduh dgn kak zu,rindu nak bergosip2 dgn kak zu rindu perasaan macam-aku-ada-kakak.wahh!sudah-sudah.
eesyaheera jeles la puas-puas!! (^.^)




pen off, boboi~
-NHB-

22.5.10

THE REST IS STILL UNWRITTEN

salam dan hye.

rambutku dah semakin tipis setipis thesisku sekarang sampai takut aku nak sikat rambut sendiri.rambut aku gugur dah macam symptom leukemia akut.ishh.takut lah.cakap pasal thesis ni plak dah bole buat aku rasa nak termuntah muntah. macam-macam problem lah.thesis bodoh degree je padahal bukan thesis Phd.nak dapat approval punya susah.salah tak letak 's', salah xde titik macam ni "." salah terlebih garis tak ada cosmetic value pekekekejadah semua tu pon tak buleh nak approve padahal ramai je lagi yang format salah memang out habes masuk tong sampah ada je yang di approve.cess la.cess!

dah berapa kali postpone nak balik rumah sampai dah hilang mood nak balik rumah.dah tak rasa langsung nak balik rumah.rasa nak tinggalkan uitm cepat-cepat sebab makin lama duduk sini makin sedih dan dan dan sedih dan x terlepas rasanya.nak kena korek something kat dalam hati kecik aku tanam kat uitm dan dah,duduk kau situ diam-diam jangan ikut aku lagi.aku tanam kau elok-elok dalam tanah tak buang dalam longkang dah kira baik hati.aku memang baik hati pun.lepas korek hati aku luka, sendiri letak ubat sudah.aku nak pergi tempat baru lepas ni.sambung master atau kerja.dua-dua tu pasti cuma masa saja yang tak pasti bila.wish me luck.




-NHB-












p/s : aku suka tengok laki drive laju gile, tangan kiri pegang stereng tangan kanan landing atas pintu kereta sambil bersandar macho.cool.rilex.aww~ (^.^)

19.5.10

MOOD: TAK SANGGUP TINGGALKAN KAWAN2. :(

salam hye,





video

17.5.10

TIME GOES BY.SO FAST.

salam & hye y'all

i'm not student anymore and i'm gonna miss it.i'm gonna miss y'all guys.huuu~ (^.^)



video

16.5.10

HPPY TECERS DY!

salam & hye y'all,

Dari pagi tadi aku tatap calendar dalam hp aku lama-lama.berkali-kali.Tarikh hari ni 16 May.hmmm.. tarikh ni macam familiar.lama juga aku tatap sampai aku tertido.dan malam ni baru aku sedar yang 16 May adalah hari guru yang zaman sekolah dulu-dulu aku sibuk bagi semua cikgu aku hadiah pen.ahahaha.kedekut betul.xde hadiah lain ke.ces :)

Okay, entry kali ni aku nak wish SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru2, cikgu2,cekgu2, pendidik2, pensyarah2 yang selama ni dah banyak mencurahkan ilmu pada aku tapi aku x tadah sgt pon ilmu yang dicurahkan tu.huhu..dan dan sekarang aku dah habis belajar pon.hmmphhff.

Macam-macam cikgu yang aku kenal.ada yang baik ada yang garang dan cikgu yang paling garang aku ingat masa sekolah rendah dulu, Cik Kamariah.cikgu math aku.bila dia marah mata dia merah.selalu buku2 akan berterbangan dalam kelas dia dan salah satunya buku math aku yang banyak sangat tanda pangkah dan selalu juga aku kena halau dari kelas dia sebab x siapkan homework.heheh.Cikgu paling garang masa sek.men plak sensei mazuin merangkap warden asrama aku.uiishhh.aku study lewat malam pon salah kena marah pernah dia cakap "ha ni kambing! kambing! kambing!sape bagi kamu study sini.x tido lagi ni!!kambing!" dan aku dalam hati...kambing?awwww~
bahahhaha.kambing pon kambing la sensei.:)

Macam-macam dan banyak lagi kenangan aku dgn cikgu2 dan aku yakin semua orang pon sama je kerek dan selalu kena marah dengan cikgu-cikgu.kan!xkan la korang baik sangat.balaci gile.tehehe.
dan cikgu yang paling baik kat dunia adalah mak dan abah aku!!Rasa terkilan sebab x penah rasa mak& ayah sendiri mengajar aku sbb sekolah lain2.nway...nway..


SELAMAT HARI GURU MAK&ABAH.!!!!



pen off
-NHB-

14.5.10

SIKIT MASA SAJA LAGI!

Salam & hye hye

i had fixed my thesis but seems like there was no ending of doing this.erhhhgghhhrrrarrwww.draft after draft.money after money.man..mana ada duit dah.*sigh sigh*.i was done with the content result n discussion but the touching part of formating , margining , resizing, adding, paging, appendices were hell lah weiyh.seriously.plus i'm not into all this kind of troublesome work.leceh yang amat dong.all i want now is to submit the hard bound one to my fyp coordinator as soon as possible.!owh come on!!


and hepy birthday to my brother or  i call him "dekmus".heppy big 20th birthday dekmus!!20 kan?haha.lupa lah.aku ada 5 adik tapi confius umur mereka2 semua.tehehe.sorry la.nway gudluck in your future.wutever happen before must have a reason.ada hikmah disebaliknya. you'll success one day coz you are brilliant.n i pray for ur chelsea menang tu as ur birthday gift.cukup la tu eyh.huhu.


and!and!congrate to wani for the PHD offer.!!!!from degree straight to PHD skip master!!wow!!umur 25 kau dah ada PHD!sangat hebat okay!.n you deserve it after all this time after all ur difficult times before.you deserve it my friend.rezeki kau tu ada tapi maybe rezeki tu datang lambat tapi dia tetap datang and this is the moment.and let me tell you that i honestly envy u.huu.





bye,
-NHB-

12.5.10

ATHOUSANDMILESBETWEENUSNOW

Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you





A true smile of happiness, gladness shows up different than a fake forced smile of mine.hmmpff. :| bye.

-NHB-

10.5.10

BULAN 5 DI SHAH ALAM @ DINNER PART 6.


salam & hye y'all..

dinner part 6 kelmarin.makan x sedap tapi persembahan x boleh tahan.tehehe.last minit punya persembahan tapi sgt enjoy.!hhmmppff.at last.kali terakhir jumpa kawan2.sedih sgt.x puas sbb x dapat bergambar dengan semua.balik kolej aku terus cari video wondergirl nobody sebab x pasal2 aku kena panggil naik atas pentas menari wondergil.wth. wondergirl lak tuh.gila.aku mane tau menari wondergil gediks tu.adeiih.sarah ni memang nak kena.bnyk lagi nama yg ko boleh panggil selain aku.hu2.tapi xpe.bukan selalu dapat tengok aku berdansa.heehah.aku bukan x boleh menari cuma lagu x sesuai.cubalah bukak lagu single ladies atau sway pussycatdoll boleh la jugak aku tunjuk bakat.ahahaha.nway thanks to all my friends for ur support n commitment for this last minute dinner.*wink*


Friendships come and Friendships go Like wave upon the sand
Like day and night
Like birds in flight
Like snowflakes when they land
But you and I are something else
Our friendship's here to stay
Like weeds and rocks and dirty socks
It never goes away!
till the next entry
-NHB-

8.5.10

MY THESIS PRESENTATION DAY.

salam & hye y'all


entry ni kelmarin punya.

habis sudah pembentangan thesis aku.happy?x!aku x puas hati.sbb?sbb aku lupa langsung rate treatment padahal aku gila-gila faham dulu.ah.then tah camane boleh blur nama menatang tuh.polibag je padahal.adeih.gelabah sangat.maybe sbb ada dr.azmi jadi panel dan dia juga yang mengajukan aku soalan2.my supervisor?as always.dia tak akan ada time aku present.baguslah.da semua kata my supervisor boleh tahan menghentam student time presentation.uishh.


all n all.


semua da selesai!!!!!!!!!!!!!just have to fix my thesis and send it for printing.yahuuuw!



alrite.next entry dinner part 6.

-NHB-

5.5.10

05.05.10

salam & hye y'all!

it's my big 22!!yeaahuuwww~!!!!!!

yeaa.i'm turn 22.tehehehe.thanks nini, wani, pia, adah, cekmah, fendy, jannah, sarah, nora n all for the bufday wishes!tenkiu.tenkiu.ehehehe..


laters eyh,boboi.
-NHB-

4.5.10

NOT FUN AT ALL

salam & hye

gila sudah.sudah gila.gila.gila.gila.my thesis is killing me yo.i wanna kill my thesis yo.i'm freaking out yo!this friday!this friday!aaaaaaaaaa!!!!!!!!!!i didn't even finish my discussion.my result my data was not look promising weiyh gila gila.i'm dead.i'm zombie.i'm slacker.ahh semua la.last minute work is not fun.act THESIS is not fun!hadoi..rasa nak terajang laptop neh.




babai.nak nangis jap..

-NHB-

1.5.10

ALL IN ONE.WRITE LIKE A BLOGGER.ATLAST.

salam & fuhh~

macam2 nak cerita ni weiyh.kalau x solat g la solat dulu.kalau x study g study!da lama x update well.dari aku start baik demam sampai la sekarang dah pindah rumah pon.lama jgak aku demam.semua gara-gara platlet aku rendah.hampir-hampir ingat denggi.aaaa.Alhamdulillah tidak.x sanggup lagi aku nak jawab exam time otak x berapa center.tapi demam kali ni paling teruk penah aku rasa.sampai rasa nak pecah jantung sebab panas sangat sangat.muntah-muntah.pengsan sorang2 dalam bilik tak ada orang perasan.bangun saja terus tumbang.seminggu juga.dah la time exam.dah la time aku terhegeh2 nak siapkan thesis.2 paper aku jawab time demam.tah pape jadi tah dengan 2 paper tu.harap2 lulus.tehehe.

jela-jela punya entry neh...,,remind u.he.

sebenarnya aku dah keluar dari rumah sewa sebab kontrak dengan tuan nyewa dah mati.so sekarang duduk la mana2 masjid kat shah alam ni buat sementara waktu.masa banyak dihabiskan dengan berzikir.kalau boring buat solat sunat.kalau x leh tido malam bole buat solat tahajud.yela steamyx dah x ada.wuwuwuwu.2 hari memunggah barang2.penat weiyh!!!!!!wo hen lei!!!tapi dengan adanye super2woman kat rumah tu siap jgak akhirnya.yeahzz!

tipu je tido masjid.he.sebenarnya aku tumpang kolej.kolej teratai.kolej aku dulu.kolej yang aku tinggalkan dengan kejam suatu masa dulu.and at last aku perlukan juga kolej tu disaat-saat terakhir aku di uitm.dalam banyak2 kolej kat uitm memang kolej teratai paling best walaupun x sehebat kolej2 baru macam melati atau mawar yang macam apartment tapi kat kolej teratai aku rasa macam 1 perkampungan.bukak pintu bilik aje boleh nampak semua orang.kalau hujan kecoh satu kolej berlari-lari semua angkat baju.kalau aku tak ada mesti ada orang yang tolong angkatkan baju.time tu sempat la gosip2.hoho.menjerit-jerit dari jauh.ishh.rindulah semua tuh,rindu.rindu.

x lama lagi dah nak keluar dari uitm.x nak!x nak woi!aku x sanggup nak tinggalkan zaman student aku di uitm yang sangat best!best! ni, xtahulah zaman student yang best atau hidup kat uitm yang best atau kos aku yang senang belajar x tension2 bagai macam orang lain.senang ke??ahaks.senang la juga bagi aku.x penah fail,so senang la.hehe.rindu jugak nak merempit dengan kawan-kawan time habis kelas malam.rindu gaduh-gaduh dengan budak-budak kuliah.rindu rainshelter.rindu nak berkawad.rindu kena maki hamun masa jadi komander.rindu zaman daring-dating x de duit dulu,eh rindulah semuanya.x nak balik.itu aja.

masa mula-mula masuk uitm.dalam kepala ada satu menda je.nak belaja.nak belaja dan nak belaja.ces.otak suci time tu,tapi sebenarnya lebih dari belajar aku dapat kat uitm.x tahu nak explain betapa aku sayang uitm.sayang semua yang ada di uitm.bila betul-betul keluar nanti ada sesuatu yang akan jadi kenangan.ces.ape aku sentimental2 bagai ni.huk2.ni la sebabnya aku x nak ada banyak kenangan dengan sesiapa.dengan sesiapa saja.aku malas nak rapat2 sangat dengan sesiapa.kalau x camni la jadinya.aku susah nak lupakan kenangan.aku akan kenang sampai bila2.hmmpphhff.
okay.okay.sudah.sudah.

kan aku dah cakap panjang.lepas ni dah x boleh update blog.babai semua.miss y'all!!!muah!!muah!!

             perempuan-perempuan hebat..




till we meet again yo!
-NHB-